Wednesday 31 October 2012

Nour Ain Pulak

Pinjam Pic Google
Nour Ain Pulak... itu la ayat Encik Suami bila terpandang parcel yang baru smpai.. Hehehe.. Lepas beli Seri Mawar Skin Care siap Travel set bagai.. last-last pergi bayar untuk Nour Ain Skincare pulak..

Kenapa beli yang lain pulak mama????
.
.
.
.
.
.
Nak bagi alasan memang banyak..tapi cukup la alasan hobby saya adalah membeli.. hehehe
.
.
.
.
.
tengah hari sesiapa yg nak beli Set Sri Mawar .. nak jual RM120 je ( dapat free Travel set).. 
.
.
.
.
nasib sekarang mudah nak menjual barang yg kita dah tak nak kembali seperti mudahnya kita membeli..

K.A.M.I

Mama dan Ammar ( Raya Haji 2012)
Berat : 115.8kg ( 4 tin SD2)
Mode diet : kadang-kadang terbabas jugak makan nasik sepinggan.. tapi itulah limitnya kalau terbabas.. Sepinggan ja boleh terbabas dalam satu hari..

Tuesday 23 October 2012

Review : Seebaby QQ2

Hari ni ada mood nak buat review tentang product baby.

Stroller Seebaby QQ2

Light Stroller.. One Hand Folding.
Summer / Winter Use.
Weight : 3.90 KGS

Material : Steel & Plastic
Size Open : L67 x W42 X H90cm
Size Folded : L42 x W19.5 X H85cm
Wheel Diameter (Front/Rear) : 5" / 5"
Width of the chair seat : 29cm
Height of chair seat : 36cm
Box Size : L38.5 x W15.5 x H82.5cm
Shipping Weight : 4.50 kgs 

Kita tgk picture dulu.

Pic: Google

Masa ni postage baru sampai. Sampai ja mama terus paksa rela Ammar try naik dan round satu rumah tok mak. So ni la muka Ammar yang tak berapa nak rela naik stroller

First time bawak Ammar naik stroller Seebaby QQ2 outside. Ni kat Jusco BM. Ammar tengah usha anak mami penang baik punya sampai tak sedaq mama tgh snap pic dia.. Pandai ya.. kecik-kecik dah tunjuk taste penang baq hang...

 Komen Mami Anis:

Yang best

1. Sangat praktikal dan boleh pakai smpai berat baby 18kg. 
So lama la boleh pakai. Maximum weight 18kg. Senang nak lipat dan masuk dalam bonet kereta. Ringan dan senang nak keluarkan. Space pun tak besar. Compare stroller Ammar yang dulu separuh bonet kereta dah penuh dgn stroller dan end up tinggal je kat rumah. Untuk Seebaby QQ2 ni mmg tempat simpan dalam bonet kereta terus. So kalau singgah mana, bukak bonet dan 'ting...' mama boleh shopping dgn senang hati smbil tolak Ammar yang duduk dengan bahagia dalam stroller

2. Ekonomi.
Murahhhhhhh banyak. RM120 inc postage masa beli. ( Note: New Stroller bukan preloved). Masa awal-awal nak beli memang fikir dua tiga kali jugak. Murah-murah bayar, smpai tak berkualiti. Harus kena tepuk dahi 100 kali.. tapi alhamdullilah. Memang sgt ok. 

3. Design Cantik
Pada mata Mama Anis ok je la. Tak malu nak bawak keluar pergi shopping dan jalan-jalan.


Yang tak best   
( ini hanyalah pendapat peribadi seorang ibu dgn anak lelaki nan seorang.. lain orang lain pendapatnya ye)

1. Stroller tak de tempat letak kaki
Kami Ammar tergantung je selama pergi shopping. So kalau nak tidur, Ammar kena tidur smbil duduk.Kesian kan.. 




Wednesday 19 September 2012

Sudah Cukup Sudah

Hari ini dada saya lapang... banyak berita gembira saya terima..

Dan yang tak gembiranya ada banyak lagi kerja yg belum saya siapkan..

Sudah pukul 5 pun.. Dan ammar budak pandai dan budak baik saya ni pun seperti memanggil-manggil mama suruh balik..


Friday 7 September 2012

New Semester.. New Student.. New life..??

New life..?

No no.. i am still uwais 's mama.. and ayah uwais's "awak"

Teringat zaman belajar. Setiap kali mula sem baru.. Kami semua akan "refresh" jadi org baru.. Hanya 3 minggu pertama semester bermula.. 3 minggu pun dah kira lama sangat jadi org baru.. Selalunya bertahan smpai 2 jam saja.. ( saya jadi lecturer berkat doa mak rasanya.. )

Bitter sweet memory.. so here we go. New semester.. Semoga semuanya baik-baik saja.. Dan hari ini kami perlu hadir meeting terakhir sebelum sem bermula.. 3 jam straight.. dan semua org lunyai di akhir meeting..


Uwais makin bijak.. dari ayah dan mama..

Suka tengok anak tidur.. Hilang segala masalah dunia..


Sunday 2 September 2012

Betapa saya mahu kurus.. ( saya baru sedar hari ini.. ) Boleh..???

Berat terkini : 120.3kg

Semangat nak kurus semakin berkobar-kobar.. dan berkurun lamanya rasa sedapnya makan nasik.. tetiba rasa boleh control.. tak makan nasik .. magic ke SDII nih.. :)

Thursday 30 August 2012

SDII my bff starting.. TODAY...


Dah start diet dgn SDII.. Reason tetiba ter"bff" dgn SDII. Berat saya sekarang 123.9kg.. Bak kata mak gayah ( aka my beloved mak ).. dah boleh masuk The Biggest Loser tu berat mcm ni.. ye ke???

So kita tgk je la apa yang jadi..Ada hamba Allah pm suruh buat bisnes la bagai.. No no no.. Yang paling penting, saya nak kurus dulu.. dapat berat 80kg pun jadi la.. rasanya berat 2angka ni masa zaman UTM dulu je.. Bila zaman " aku terima nikahnya" dan 3 angka dah masa tu..

Start Date : 30 August 2012
Berat : 123.9kg

Menu Cadangan

Sarapan Pagi
Telur goreng atau separuh masak 2 bijik
Air kosong
SDII

Makan Tengahari
Ikan keli bakar
Sayur cendawan goreng
Air kosong
SDII

Malam ( 6ptg)
Grilled sausage ( 3 butir )
Sayur sikit
SDII
Air kosong

Supper
SDII

Ni nasihat dari sorang kawan saya yang dah mengamalkan SDII ..

pagi minum sd2 ja dgn teluq 3 suku 2 bijik..
lunch makan apa saja asal bukan karbo - kalau kat umah aya dah stock kan byk daging burger hotdog n daging oblong..lunch grill kan tanpa minyak..guna pan yg tak lekat tu (aya beli kat kayu itam br RM40, :P)..nk best sikit bungkus daging tu dengan telur..makan dengan sos..+ sd2..kalau kat luar- order la chicken chop ka,apa2 yg besh tp potato jgn ambik tau..
dinner - dlm pukul 6 gitu, aya ambik hotdog rebus (idea dr menu slimworld) atau wat sup apa2 yg penuh dengan sayuq..+sd2
supper - sd2 - penuh dh penuh dgn sd2 so kadar kelaparan sangat rendah

tips nk bg sd2 sedap n senang telan - kak anis beli satu shaker, campur sd2 dgn susu n shake.. (susu tu ambik yg low fat & fresh).. laki aya kata aya mkin putih pulak..mkin sbb susu tu kot..tapi jenuh gak la nak maintain stock susu..

masa aya mula2 ambik sd2, aya kena sembelit - aya amal minum yogurt drink - lama2 ok...asal dok ambik pisang..tapi pisang xleh..energy tinggi..

minggu pertama aya follow ketat diet..la ni aya ambik pagi 3 scoop...mlm 3 scoop plus control makan..save sikit..br 6 scoop sehari..kalau ikut yg sebenar 8 scoop sehari 4 kali..susah gak nk bawak mai bancuh kat opis..nk shake2 lagi.. tongue


( loghat utara di mana-mana.. besa la org utara tetap utara walau dalam FB )

So balik ni nak singgah C Mart. nak borong segala bagai hot dog, burger banyak..

Semoga berjaya.. Amin..

opss.. Pic orang berdiet.. besar permintaan tu sebab sebelum ni belum pernah di publish di mana-mana..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

T.U.N.G.G.U dulu

 





Selamat sudah...19 November 2011

Selamat sudah uwais melihat dunia.. Terlambat post ni sebenarnya, tapi sebab mama selalu bertangguh nak post anything related to uwais.. Uwais dah nak masuk 10 months, baru mama sebab create post regarding Uwais 19 Nov.. Kita tgk picture dulu..

.
.
.
.
.
.
.
.

.

Ini lah Uwais saya :))
Masa Kelahiran : 7.53am
Tarikh : 19 November 2011
Brt : 3,7kg
Tinggi : 52cm

Uwais - 1 hari

Sehari sebelum bersalin, saya cakap kat ayah uwais.. " Awak ( belum ber"ayah" dan ber"mama" lagi sebab masa tu uwais belum lahir ), saya nak makan McD.. Lepas makan McD, nak beranak pun tak pa.. "


Ok, fine.. Ayah Uwais bawak sy ke McD drive thru Seberang Jaya..

Pic: Google

Esok pagi selepas saya bahagia dan gembira sebab semalamnya dah selamat makan Big Mac McD.. Air ketuban pecah pukul 11pg Jumaat.. Saya duduk senyap-senyap atas katil smbil panggil tok mak uwais.. Hati dah berdebar-debar.. 9 bulan pregnant, saya tak pernah takut nak melahirkan uwias, atau terfikir betapa sakitnya nak beranak nanti.. TAK PERNAH...

Tapi bila air ketuban dah pecah.. sungguh tangan saya dah seram sejuk.. dan yang paling obvious, muka ayah uwais dah pucat.. :))..  Tapi bila kami fikir, walau mcm mana pun kami kena hadapi semua ni ( dan dah berapa ramai umat manusia yg dah beranak - pinak.. ) .. Saya dan ayah uwais siap-siap apa yang patut. Pergi Pusat Perbidanan Sungai Petani.. 

Saya admitted. 10 malam saya start sakit.. Sakit sangat - sangat.. Mula-mula selang masa dalam 30 minit sekali.. Lama-lama makin kerap.. Ayah dan tok mak uwais temani saya sepanjang malam.. Ayah uwais berjaga sepanjang malam.. Risau dia tgk saya menahan sakit.. Pukul 6.45pg Sabtu 19 Nov, saya dimasukkan dalam bilik pembedahan.. Masa tu Dr Zainol belum sampai.. Berlinang-linang air mata saya menahan sakit seorg diri..

7pg 19 Nov - Dr Zainol, nurse, bidan dan yang paling penting ayah uwais berada di sisi saya... Hampir 30 minit dalam bilik bersalin.. Saya dengar Dr Zainol menyebut lafaz " Bismillah..." dan Uwais saya dilahirkan ke dunia.. Sebelum saya dibiarkan separuh sedar... Midwife datang tunjuk uwais pada saya.. Yang saya nampak.. " Hidung sama macam mama..."

Sekarang..

2 hari
7 hari ( luruh pusat)
38 hari
2 bulan

3 bulan

6 bulan 2 hari ( start makan)

7 bulan
70 hari


7 bulan ( 1st time demam)

8 bulan 2 hari

9 bulan 14 hari ( saya dah big boy.. :))