Tuesday 1 November 2011

36 Weeks- Barang Keperluan Bayi Baru Lahir

Alhamdullilah... My first entry at my 36 weeks of pregnancy. Dah lama dok berniat untuk menulis kembali blog.. so today.. i post my first entry. Seronok tgk kawan-kawan menulis blog about their motherhood. So i decided to join them. Thank you baby for inspiring mama. Dah banyak persiapan Mama Anis dah buat untuk menyambut persiapan orang baru. Sikit-sikit membeli setiap bulan. Lama-lama jadi bukit dan tak cukup tempat nak letak. Luckily barang baby yg mahal mcm baby cot, stroller dan lain-lain ada insan-insan berhati mulia yg nak sponsor. Mmg dah tak pandang dah barang-barang segala bagai tu. Berikut adalah list barang-barang baby yg perlu disediakan sebagai persediaan menyambut orang baru.

Pakaian
- baju lengan pendek/panjang (4 ke 5 helai, saiz biasanya 12 untuk newborn atau 14 untuk bayi yang agak besar)
- seluar pendek/panjang (4 ke 5 helai)
- sarung tangan & kaki
- topi (bergantung pada keperluan)
- lampin kain/lampin pakai buang
- selimut
- barut bayi (bergantung pada keperluan/budaya untuk elak kembung perut)
- tuala mandi bayi
- almari/bakul pakaian
- sapu tangan/tisu
- tikar getah bayi (dapat elak tilam basah/kotor jika tiba-tiba bayi kencing/berak ketika menukar lampin.)
- beg bayi
- kain bedung

Mandian
- sabun bayi
- bedak bayi (jika perlu cari jenis bukan talkum.)
- losyen bayi
- syampu bayi
- besen mandi bayi
- putik kapas
- bakul alatan mandian
- pengalas mandian tidak licin (sesuai jika anda risau bayi tergelincir ketika mandi atau anda takut memandikan bayi)
- termometer mandian ( sebenarnya boleh cuba dengan memasukkan tangan anda dulu ke dalam air untuk memastikan air sesuai untuk bayi)
- sikat/berus rambut

Penyusuan
- botol susu
- puting
- berus botol susu
- bekas simpan botol susu (warmer)
- sterilizer (atau boleh rebus air. Tutup api apabila mendidih dan rendam botol dan puting. Saya pernah beli, biasa tidak sesuai digunakan kerap. Akhirnya saya lebih suka cara merebus)

Tidur
- bantal, bantal peluk dan tilam (Ada pelbagai jenis termasuk untuk bayi yang mengalami alahan
- sarung bantal dan tilam
- katil bayi samada jenis kayu atau playen (Jika anda merancang bayi anda tidur di katil anda, tidak perlu katil bayi. Bayi saya tidur di katil saya, tetapi saya belikan juga kerana bila perlu saya boleh letakkan bayi di katil nya dan saya boleh tinggalnya. Dan selamat jika ada anak-anak lain, jadi mereka tidak mengganggu bayi)

Berjalan-jalan
- baby car seat (Jika anda lebih memegangnya, tidak perlu membelinya. Anda perlu ajarnya dari awal, kerana jika selepas 3 ke 4 bulan baru ajar, dia tidak akan duduk di kerusinya. Namun untuk ibu/bapa bekerja yang perlu menghantar bayi sendirian, ini satu keperluan)
- stroller/pram/buggy (Mudah, anda tidak perlu mendukung bayi sepanjang masa dan berguna sehingga anak berusia 3 ke 4 tahun.Jika rancang guna sehingga anak besar, cari yang sesuai untuk digunakan untuk kanak-kanak. Jika tidak anda terpaksa beli lain.)

Lain-lain (ikut keperluan)
- minyak kembung perut
- tisu lembap (banyak gunakannya terutama jika kita bersendirian tanpa orang menjaga kita)
pemotong kuku
- pembersih hidung (Berguna pada saya bila bayi saya berhingus, belajar cara betul. Jika tidak pandai guna hingus/kotoran tidak boleh keluar)

Credit to http://nonaku.com/blog/blog1.php/2009/10/07/barangan-keperluan-bayi-baru-lahir

Cuma pesanan my mum that i like to share. Tak perlu berhabis beli banyak-banyak untuk bekalan setahun. Just relaks and keep it simple. Beli hanya yang perlu untuk bawak balik baby anda dari hospital selepas anda selamat melahirkannya. Selain dari itu boleh la beli bila baby dah membesar. Anda bersamanya sepanjang hidup anda... :)

" Kedai baby ada 10 dekat Kepala Batas nih...Lepas bersalin pun dan lagi...."

Itu la comment yg saya dapat bila saya lahirkan rasa risau to my mum bila barang baby masih tak cukup..